The beginning of our new life Pt. 2: 14 February 2015



Hari yang ditunggu-tungga telah tiba... Jeng jeng jeng.. Happy, excitement, sedih, semua bercampur baur.. Happy, excited sebab dah sebulan lebih tak jumpa hubby, rindu giler... Sedih sebab akan tinggalkan mak, abah, adik beradik... 

Solat Zohor and solat hajat sebelum berangkat. Air mata tak berhenti-henti mengalir sebab teringatkan mak abah... Hanya doa yang tak putus-putus agar mak abah sentiasa dilindungi Allah SWT. "I must do this.. I must say this".... Mak pun siap-siap nak send off ke KLIA, masuk bilik nak pakai tudung.. "This is my time"... I pun masuk bilik, i hugged mak tightly and cry.. Both of us cried. I told mak, please jaga diri baik-baik.. Serious sedih okeh... Adoi, tak macho lah nangis.

Last check... passport, eTicket checked. Okay done. 


Jazzmi & my passport.. eTicket from the agent.

Well, segala urusan tiket bla bla bla atas "urusan" kerja, husband dah uruskan awal-awal.


Hangkut segala mak nenek beg. Beli luggage set dari Groupon you olz.. 3 set dapat RM299.. berbaloi-baloi... Beg laptop checked.. 

That was my first time travelling international, while Jazzmi's first time on board, phiewwww.. Alhamdulillah nearly 8 hours travel, dapat merasa Business Class.. Ni nama dia rezeki Allah bagi... Flight MH147 to Melbourne, 8.15pm departure time. Well, my dream come true kekdahnya naik MAS... 

Part yang tak bestnya... masa check in counter, diorang cakap travel agent booking 3 kali, sedangkan yang nak naiknya 2 orang.. Okay mcmni, travel agent mula-mula book sekali seat 6C, then kali kedua 2H dan 2K. Kiranya under nama I ada 3 lah.. Mcmtulah. Then tak tau macamana MAS release tiket 2K kat orang lain, sebab diorang akan ambil yang mula-mula di book which mean untuk nama saya 6C & 2H. What the heck kan.. dengan anak kecik 3 tahun setengah kekdahnya... Mula lah nak panik.. Hahahaha.. Maklumlah first time ke luar negara. Tapi staff MAS cakap takpe, officer dia akan uruskan pertukaran tempat. Diorang issue 1 notification mcm coding (diorang jelah yang faham) and saya akan bawak jumpa officer masa kat departure hall...  I know they can handle the case. So i stay calm.

Merasa jugak naik Business uolzzzz....

My family. Miss you so..... L-R Izza (adik no 3), Mimi (adik no 4), Syafiq (adik no 5-bongsu), Mak, Abah, Me (kakak no 2), Kak iti (kakak no 1) & Abg Ijan (abg ipar). Front L-R Kaka, Abang, Jazzmi & Adik. Bff kekdahnya...

Jazzmi & Kaka

My bff Nini... Miss you girl...
My abang ipar and Jazzmi.. Okay, Jazzmi memang manja dengan uncle dia ni.. Jazzmi panggil Ayah... Gegirl tu cousin Jazzmi nama Rasyiqa Amani, panggil Kaka... Time ni Jazzmi seriously tengah nangis nak ikut Ayah.. Iolz pun mulalah muka naik biru, hijau...


Dengan problem seat, dengan Jazzmi mengaruk, haruslah tak masuk MAS Golden Lounge. Tak menyesal pun, better spend masa dengan family.


Time to go... Good bye Malaysia... Phewwwww nasib Jazzmi dah okey..








Waiting for the Aerotrain ke Gate C14


Queue untuk ke departure hall.. Panjang gile okeh.. Tapi nasib cepat je.. MAS is the best.


Buat peace Jazzmi....

While dah nak masuk departure hall, I inform officer MAS, pasal nak tukar tempat duduk.. Then dia cakap dia akan uruskan meanwhile minta saya tunggu je sampai dia panggil...


Dup dap dup dap tunggu kat departure hall.
 Last call untuk semua penumpang untuk boarding, Business class pintu A/B kalau x silap. Economy pintu B. Majority dah beratur nak boarding, I masih tenang menunggu... Akhirnya the officer panggil and bagitau yang pemilik seat 2K tu tak kisah tukar tempat sebabnya dia memang dalam waiting list. So Alhamdulillah ya Allah kerana permudahkan urusan...

Citer on board akan menyusul... Waktu Victoria sekarang tepat 6 ptg.. Nak mandikan anak dulu, pastu maknya nak mandi lak,,, Kalau sempat update malamni Iolz update. Stay tuned.......

Tambah sikit lagi.. Sebelum berangkat saya tak habis-habis google cara nak boarding international... maklumlah pestaim.. Jakun jugak.. Tanya hubby, hubby cakap nanti mama taulah, ikut je... uwaaaaaa.... Okay kepada yang pestaim nak naik katebang kat KLIA lah. Cara-caranya ialah:

1. Bawak passport & eTicket (jika berkaitan) dan check in kat counter.
2. Check in luggage & self-check in (tah ye tah idok term dia). Staff issue boarding pass.
3. Bawak boarding pass, passport & hand luggage ke departure hall (yang ada polis bantuan tunggu tu). Tengok masa gate open kol berapa kat boarding pass, baru turun.
4. Turun escalator and pegi kat kaunter imigresen. Immi cop passport.
5. First bag & body scan (alamak tak ingat lah ada ke tak ek)..
6. Tengok gate berapa flight kita.. Mcm nak ke Melbourne gate C14, ada signage suruh naik Aerotrain. Naik lah aerotrain ramai-ramai. kejap je dalam 10 minit.
7. Pastu dah sampai, turun and jalan kejap dalam 10-15 minit, sampailah kat gate bla bla bla.
8. Beratur untuk bag & body scan ke 2. kat sini ada polis jaga. Laptop kene keluarkan.
9. Check boarding pass & passport untuk masuk kat departure hall before boarding (staf MAS yang check). Kat sini tunggu dalam setengah jam jugak lah.
10. Pengumuman untuk boarding, barulah beratur and board the flight.

** Simple je.. I mean, don't panic sebab sangat lah mudah, banyak signage and staff sangat-sangat membantu. I olz lagilah pestaim international flight, siap bawak anak lagi tau....

Good luck...

Comments

Popular Posts