kau lah cinta pandang pertamaku....
9 November 2005-Kolej Teratai 3
"Hana, ni ha, adik angkat aku sibuk suruh aku carikan dia girlfriend", kata Lysa padaku.
"Ha? Emmm, lantak lah, bukan masalah aku", kata aku dalam hati.
"Aku bagi dia nombor kau ye?", Lysa terus membuat keputusan.
"Aku? sukati lah Lysa", malas nak panjangkan cerita. aku bukan apa, hati aku ni dah tertutup untuk lelaki. Tak nak bukakan lagi buat masa ni. Nanti belajar tah ke mana, apa tah ke mana. maklumlah, tamparan putus cinta dengan bekas teman lelaki ku terlalu hebat hinggakan aku rasakan semua lelaki sama sahaja. Sangat tidak boleh dipercayai.
"Hai, boleh kenal?"
sape lak ni yang menggatal malam-malam sms-sms org ni..marah betul aku.. Waktu ni aku dah tawar hati untuk menerima mana-mana lelaki.
"Ah, malaslah nak balas", hakikatnya aku bukanlah jenis orang yang suka membalas sms orang yang tidak dikenali. Tidur lagi best.
Tengah berguling-guling atas katil menahan kebosanan, tiba-tiba "Tok, tok, tok".
"Siapa pula ni, malam-malam datang bilik orang ni, aishhhh", kataku dalam hati. La, Lysa rupanya. "Hana, aku dah bagi nombor telefon ko kat adik angkat aku tau", kata Lysa. "Ha? Yeke? nombor 012 ke?", tanyaku kepada Lysa. "A'ah, dia ada sms kau ke?", tanya Lysa pula. "Entah, tadi ada satu nombor tu sms aku, aku tak balas pun", kataku kepada Lysa yang sedikit excited tu. Lepas bersembang-sembang kejap dengan Lysa di koridor bilik, kami pun berpisah.
"Em, balas lah, untung-untung sangkut", kataku nakal di dalam hati."Macamanalah agaknya rupa adik angkat Lysa ni ek? hensem ke? bantut ke? macho ke? aishhh, ape kena aku ni.. Ahhh, semua lelaki sama je", ngomelku di dalam hati. "You must be Faizal", aku cuba membalas sms misteri tadi. "Correction, Faisal", balasnya pula. Oohh, salah ejaan nama pula. Malam tu study ditemani oleh Encik Faisal yang baru ku kenali. Penuh misteri juga, sebab aku tak tau macamana orangnya, budi bahasanya, hatinya.. Tapi, aku dah mula jatuh hati. Walaupun aku cuba untuk kuatkan hati untuk tidak involve dengan percintaan lagi, tapi aku gagal. Adui, parahlah macamni. Aku dan Faisal makin intim, hati-hari berbalas sms dan bergayut. Aku mula rindu pada dia.
Tak lama lepas itu, Faisal harus ke Melaka untuk berkursus selama beberapa hari. Tapi semua itu tak pernah menjarakkan hubungan kami. Dalam masa yang sama, aku masih berlagak "jual mahal". 17 November 2005 Faisal akan habis kursus. Waktu tu aku di rumah bersama keluarga. "Mak, esok Ana nak pergi Melaka dengan Lysa & Shima ye? Ana nak jumpa Faisal, sambil-sambil temankan Lysa nak balik kampung dia", terangku memberanikan diri. "Pergilah Na, pandai-pandai jaga diri", wow, macam tak percaya je mak dan abah bagi kebenaran. Ala, lagipun pergi bertiga.
"Awak, saya tak dapat jumpa awak kat Melaka lah, parents saya tak bagi", aku tipu sunat kat Faisal.
Aku bergegas ke Shah Alam untuk berjumpa Lysa & Shima, teman-temanku yang akan menemaniku. "Lysa, jangan bagitau Faisal yang kita nak pergi Melaka tau", aku ajak Lysa menipu pula. "Ala Hana, Faisal percayakan aku, nanti kalau dia tau aku tipu karang dia dah tak percayakan aku dah", Lysa cuba jadi baik. "Betul juga", kataku dalam hati. "Ok lah, kau lah bagitau dia kita jadi pergi Melaka", aku mengarah Lysa pula.
"Awak, nasib baik saya tak gerak balik kampung saya lagi tau, saya ingat awak tak jadi datang", kata Faisal dalam smsnya. "Saya tak sabar jumpa awak, saya dah jatuh hati", bisik hatiku. Saya rasa saya mula menyayangi Faisal, walaupun kami tak pernah berjumpa. Rupa dia pun saya tak dapat bayangkan sebab setiap kali saya tanya pada Lysa, pasti Lysa tak nak cakap. Tak kisahlah macamanapun rupa Faisal tu, tapi dari gaya & suaranya, orangnya tampan, macho. Saya tak memandang semua tu.
"Awak, saya dah nak sampai ni", sms ku pada Faisal. "Alamak, semunyi", kata Faisal berseloroh.
Kami memberhentikan kereta di luar kawasan penginapan Faisal. Aku sungguh tak keruan. Saspen pulak rasa.
"Oh. My. God. !!!!", teriak ku di dalam hati. "Hensemnya Faisal ni", pujiku lagi. "Ala, tiba-tiba aku rasa sedih pula. Mesti dia tak suka aku. Aku ni dah lah tak cantik", kataku di dalam hati. menggigil tanganku waktu Faisal menghulurkan tangan dia untuk bersalaman denganku. Kaki kurasakan lemah terkulai. "I'm in love!!!"

Comments
Post a Comment